Jumaat, 13 November 2009

Catatan Pengalaman

25-29hb November 2009: Teluk Dalam Resort, Pulau Pangkor

Bersama 3 rakan GC dari DKBB saya telah pergi untuk mengikuti Kursus Peningkatan Profesinalisme siri 2/2009.
Masing-masing rasa kenapa mesti menghadirinya kerana semua guru telah menjalani Kursus ala-ala BTN semasa muda-muda dulu ooo zaman maktab la senang cerita. Cemas, risau, suspen semua ada sebab kawan-kawan GC siri 1/2009 kata ' kursus ni tough'.

Opss jangan risau semua rakan-rakan GC akan di panggil mengikut giliran untuk menjalaninya mengikut Zon. Siri 3 akan menyusul sekitar Disember. Difahamkan siri 4 dan seterusnya akan di buat di negeri Trengganu tahun depan. Jadual kursus ini sangat padat dan terbahagi kepada 2 aktiviti. Aktiviti 'indoor' dan aktiviti 'outdoor'. Aktiviti bermula seawal jam 5.40 am tak mengira bangsa. Masa yang begitu padat perlu di patuhi. Tukar baju, makan, solat jangan kira kena cepat semua. Lambat sikit tok penghulu akan tiup wisel pritt, pritt. Masa tu kena jalan laju. Tapi jangan risau ada gak yang lambat maklumlah dah berumur. Fasilitator ada gak yang muka garang, tapi depa baik. Pokoknya kalau kena panggil kursus , pergi la. Suka tak suka kena p gak. Jadi kena fikir positif.

Peserta paling senior GC umurnya 55 tahun. Respek habis sebab memang hebat semua aktiviti dia buat. Ada yang lepas 'operation' pun mai jugak. Panjat turun bukit pakai tongkat bukan dekat tapi semua tak jadi halangan. Seperti biasa, ada juga peserta yang takut !!!!

Secara keseluruhannya, aktiviti outdoor memang best terutama ' water confident' dan ekplorasi samudera. Yang takut ngan air, yang tak pernah mandi laut macam-macam ada. Mula-mula fasi ajar teknik secara teori. Tapi bila dah dapat skill, masa yang diberi tak cukup tak nak naik pulak dah. Apa-apa hal kena cuba. Aktiviti berakit dari Teluk Niph ke Pulau Giam betul-betul mencabar. Buat rakit guna 3 batang buluh, tali rapia, 8 biji pelampung tiub getah masa diberi setengah jam,.buat la ikut kreativiti. Dah la ilmu angin, ombak kita tak tau. Kalau anak nelayan senang la. Panik tak tau nak cakap bila buluh kumpulan kami patah, semasa berada di tengah-tengah samudera. Tapi alhamdullilah walaupun kumpulan kami corot sampai, yang penting semua selamat...

Slot 'indoor' pula semuanya bengkel, ceramah dan pembentangan. Lepas outdoor kena masuk dewan dengan pakaian formal. Ngantuk, penat tak kira macam-macam gaya lentok ada...
Pegawai-pegawai dari Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti ada bersama. Semua ok...kalau kat sekolah dengar je nazir nak datang kita rasa semacam. Kat sana no problem. Tanya la pasti akan dijawab.

Banyak ilmu yang kita dapat. Jadi saya sarankan GC-GC yang terpilih pergi kursus tu jangan tolak. Bagi saya kursus ni best, seronok dan mencabar.....rakan-rakan GC Kulim yang pergi pun sependapat dengan saya.

Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan