Sabtu, 21 November 2009

TUGASAN 2

TUGASAN 2: BAB 4 (NOV/DIS 2009)
NAMA:
ARAHAN: ISI TEMPAT KOSONG

1.Senaraikan 5 kemahiran yang diperlukan oleh seorang pengurus
i…………………………. ii ……………………… iii……………………
iv………………………… v …………………………...

2.Kemampuan pengurus untuk melihat organisasi secara keseluruhan dikenali
sebagai kemahiran…………………………

3.Berikan 3 jenis keputusan yang boleh diambil oleh seorang pengurus
i……………………. ii………………………. iii…………………

4.Pembuatan keputusan ialah proses…………………………………………………
………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………

5.Galurkan langkah proses pembuatan keputusan secara rasional
i…………………………………………………..
ii…………………………………………………..
iii…………………………………………………..
iv…………………………………………………..
v……………………………………………………
vi……………………………………………………

6.Nyatakan 3 teknik membuat keputusan secara berkumpulan.
i…………………………. ii …………………... iii………………………

7. Keputusan jenis………………………..tidak melibatkan maklumat berangka
tetapi cenderung kepada cungkilan ide dan pengalaman.

8. Berikan definisi ketegangan……………………………………………………….
…………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………….

9. Senaraikan 3 faktor punca ketegangan beserta contoh yang sesuai.
i……………………………………………….
ii………………………………………………..
iii…………………………………………………

10. Seseorang yang mengalami ketegangan mengalami tanda-tanda berikut, nyatakan
5 daripadanya.

i………………………….. ii………………………… iii…………………
iv………………………….. v ……………………………

11.Mengikut Steven Convey terdapat 7 tabie yang perlu diamalkan untuk berjaya
Senaraikan.

i…………………………………….. ii………………………………………

iii…………………………………….. iv………………………………………

v…………………………………….. vi………………………………………

vii……………………………………..

12. Berikan 5 punca ketegangan berkaitan individu beserta contoh yang sesuai.

i…………………………………………………………..

ii………………………………………………………….

iii…………………………………………………………

iv…………………………………………………………

v…………………………………………………………..




Gunakan kertas kajang untuk menjawap soalan dibawah ini.

1 Nyatakan dan jelaskan secara ringkas beserta contoh yang sesuai tentang kaedah yang
boleh dilakukan oleh individu untuk mengurus ketegangan. (12m)

2 Terangkan secara ringkas lima tahap dalam proses pembuatan keputasan secara
Kreatif. (10m)

3. Nyatakan faktor-faktor kejayaan seimbang dan bincangkan penggunaanya oleh
pihak pengurusan untuk menyelesaikan ketegangan ditempat kerja. (12m)

TUGASAN 1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHIO MIN
PANITIA PENGAJIAN PERNIAGAAN
TUGASAN AKHIR TAHUN NOV/DIS 2009

TUGASAN 1:INDIVIDU

BACA ARAHAN:

1. RUJUK SUKATAN PELAJARAN BAB 4
2. PILIH SATU SUB TOPIK: BACA DAN FAHAM
3. BERDASARKAN BACAAN ANDA DIKEHENDAKI MENCARI BAHAN BAHAN
TAMBAHAN MELALUI ARTIKEL /KERATAN AKHBAR/MAJALAH/INTERNET
4. BENTUK PERSEMBAHAN SAMADA :

A. GAMBAR-GAMBAR BERKENAAN (SKRAP)
B. PENULISAN DAN GAMBAR (FOLIO)
C. KISAH-KISAH SEBENAR
D. ULASAN DARI KERATAN AKBAR /GAMBAR
E. PERSEMBAHAN MS POWERPOINT ( DALAM PENDRIVE)
F. CONT0H SOALAN DAN JAWAPAN
G. KERTAS KERJA.

5. FORMAT: 1. TAJUK/ NAMA DI MUKA DEPAN
2. MUKASURAT KANDUNGAN
3. RINGKASAN TUGASAN
4. ISI TUGASAN
5. KESIMPULAN KESELURUAHAN
6. BAHAN RUJUKAN

SEKIRANYA ADA SEBARANG MASALAH SILA EMAIL : anaksolehsolehah@yahoo.com atau layari blog cikgu di http://jariah09smcmpp.blogspot.com/ atau sms di 0194560365.

TARIKH AKHIR HANTAR: MINGGU KEDUA JANUARI 2010 (30% MRKH SEM 1)

Jumaat, 13 November 2009

Catatan Pengalaman

25-29hb November 2009: Teluk Dalam Resort, Pulau Pangkor

Bersama 3 rakan GC dari DKBB saya telah pergi untuk mengikuti Kursus Peningkatan Profesinalisme siri 2/2009.
Masing-masing rasa kenapa mesti menghadirinya kerana semua guru telah menjalani Kursus ala-ala BTN semasa muda-muda dulu ooo zaman maktab la senang cerita. Cemas, risau, suspen semua ada sebab kawan-kawan GC siri 1/2009 kata ' kursus ni tough'.

Opss jangan risau semua rakan-rakan GC akan di panggil mengikut giliran untuk menjalaninya mengikut Zon. Siri 3 akan menyusul sekitar Disember. Difahamkan siri 4 dan seterusnya akan di buat di negeri Trengganu tahun depan. Jadual kursus ini sangat padat dan terbahagi kepada 2 aktiviti. Aktiviti 'indoor' dan aktiviti 'outdoor'. Aktiviti bermula seawal jam 5.40 am tak mengira bangsa. Masa yang begitu padat perlu di patuhi. Tukar baju, makan, solat jangan kira kena cepat semua. Lambat sikit tok penghulu akan tiup wisel pritt, pritt. Masa tu kena jalan laju. Tapi jangan risau ada gak yang lambat maklumlah dah berumur. Fasilitator ada gak yang muka garang, tapi depa baik. Pokoknya kalau kena panggil kursus , pergi la. Suka tak suka kena p gak. Jadi kena fikir positif.

Peserta paling senior GC umurnya 55 tahun. Respek habis sebab memang hebat semua aktiviti dia buat. Ada yang lepas 'operation' pun mai jugak. Panjat turun bukit pakai tongkat bukan dekat tapi semua tak jadi halangan. Seperti biasa, ada juga peserta yang takut !!!!

Secara keseluruhannya, aktiviti outdoor memang best terutama ' water confident' dan ekplorasi samudera. Yang takut ngan air, yang tak pernah mandi laut macam-macam ada. Mula-mula fasi ajar teknik secara teori. Tapi bila dah dapat skill, masa yang diberi tak cukup tak nak naik pulak dah. Apa-apa hal kena cuba. Aktiviti berakit dari Teluk Niph ke Pulau Giam betul-betul mencabar. Buat rakit guna 3 batang buluh, tali rapia, 8 biji pelampung tiub getah masa diberi setengah jam,.buat la ikut kreativiti. Dah la ilmu angin, ombak kita tak tau. Kalau anak nelayan senang la. Panik tak tau nak cakap bila buluh kumpulan kami patah, semasa berada di tengah-tengah samudera. Tapi alhamdullilah walaupun kumpulan kami corot sampai, yang penting semua selamat...

Slot 'indoor' pula semuanya bengkel, ceramah dan pembentangan. Lepas outdoor kena masuk dewan dengan pakaian formal. Ngantuk, penat tak kira macam-macam gaya lentok ada...
Pegawai-pegawai dari Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti ada bersama. Semua ok...kalau kat sekolah dengar je nazir nak datang kita rasa semacam. Kat sana no problem. Tanya la pasti akan dijawab.

Banyak ilmu yang kita dapat. Jadi saya sarankan GC-GC yang terpilih pergi kursus tu jangan tolak. Bagi saya kursus ni best, seronok dan mencabar.....rakan-rakan GC Kulim yang pergi pun sependapat dengan saya.

Wassalam.

Khamis, 9 Julai 2009

KATA KATA HIKMAT

"PEMBELAJARAN ADALAH SATU KHAZANAH YANG AKAN MENGIKUTI TUAN NYA
KEMANA-MANA"

"FORMULA KEJAYAAN ADALAH MUDAH: LATIHAN DAN TUMPUAN, LEBIH BANYAK
LATIHAN DAN LEBIH BANYAK TUMPUAN"

" I AM ALWAYS DOING THINGS WHICH I CANNOT DO, IN ORDER TO LEARN TO DO IT"
























Jumaat, 16 Januari 2009

Strategi dan Peruntukan Masa Menjawab STPM

Strategi : Mantapkan bab 3 untuk kertas 1
: Mantapkan bab 2 untuk kertas 2

Agihan Masa : 15 minit baca soalan dan rangka jawapan.
35 min untuk menjawab setiap struktur dan esei. (35x4=140 minit)
20 minit untuk semak semula jawapan tidak lengkap.
5 minit susun jawapan/ikat/isi borang kuning.



Jumlah masa : 180 minit [3 jam]

Pengajian Perniagaan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Buat semua rakan pendidik dan anak-anak didik di seluruh Malaysia. Semoga blog pengajian perniagaan ini dapat menyambung ukhwah dan membina hubungan sesama kita tanpa ada halangan dalam membincangkan topik-topik dalam matapelajaran pengajian perniagaan 1. Di samping itu juga, mengharapkan ianya dapat memberi manfaat dalam meningkatkan kefahaman memandangkan topik ini sangat luas dan menyeluruh.